Friday, February 6, 2015

Fakta: Wangian dan Emosi 1

Tahu tak jenis wangian sebenarnya boleh mempengaruhi mood seseorang?
Untuk first entry ni... Huda nak kongsi dengan semua..
Apa jenis wangian yang boleh dipilih untuk ajak mood yang kita mahukan tu keluar dari tempat persembunyian dia untuk teman kita.... nak tahu tak??

Wangian Pertama

Citrus atau Fresh Fruits



Melalui kajian dan pengalaman yang dilakukan oleh para saintis brasil didalam program 'Complementary and Integrative Medicine',

Jenis wangian ini mampu untuk:
  • Mengawal 'stress' dan rasa kebimbangan yang melanda dalam diri kita
  • Sedikit sebanyak mempengaruhi penghadaman kita juga rasa 'butterfly in the stomach'
  • Rasa pening-pening atau loya    


Grapefruit atau Limau Gedang:

  • Membantu mengawal emosi dan
  • Mengalakkan kekuatan memori
Dari kajian para doktor di Osaka, Jepun

 'Wangian dari Limau Gedang atau Grapefruit, mampu mengalakkan kadar metabolisma sesorang dan mengurangkan selera makan yang berlebihan'

JADI....
Cuba hidu wangian ini sedikit sebelum kita makan untuk mengawal pengambilan makanan yang berlebihan... Macam ubat pulak kan... hehehe


Lemon:

Boleh cuba macam ni... DIY lemon candle... Jimat $$$$
Dikatakan sedikit kelembutan dari wangian ini boleh 'Membawa seseorang itu ke arah positive'. Cuba letakkan sedikit wangian lemon dibahagian dalam pergelangan tangan sebelum menghadiri mesyuarat atau perbentangan. Ia akan mengalakkan prestasi dan sikap seseorang itu.

Kajian oleh Northumbria University, United kingdom:

'Pendedahan terhadap wangian dari daun lemon atau lemon mampu untuk meningkatkan 'cognitive performance' dan mood seseorang itu'




Mandrin atau Limau: 



Ini pun boleh cuba.... sekarang musim Chinese New Year... ada banyak limau jual kat supermarket.. jangan buang kulit... kita buat DIY candle...
Wangian buah mandrin atau limau mandrin yang lembut seperti mandrin essential oil boleh mengurangkan stress, meningkatkan penghadaman dan mengurangkan mual-mual, loya rasa pening-pening.


Jadi kalau kita nak tahu samaada kajian-kajian itu benar atau tidak... Apa kata kita cuba dulu... kalau jadi... boleh lah kongsi-kongsi pengalaman anda semua disini....

P/S: Tak semua orang yang mencuba akan dapat kesan positif... ada sesetengah pihak mungkin tidak akan rasa apa-apa perubahan... sebab setiap manusia itu berbeza.... :)

No comments:

Post a Comment