Sunday, February 8, 2015

DIY: Untuk organise Bobbin , Benang , jarum peniti, Pins dan lain

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....

Kali ni Huda nak share dengan semua reader macam mana nak DIY bobbin organizer....

Senang, Simple, Jimat Masa

Huda belaja pun dengan kak zie... Tailor yang Huda suka pergi...
Kagum tengok tempat dia susun semua benang dengan bobbin... teratur sangat...
Terfikir juga kadang2 tu... macam mana la tailor2 ni simpan bobbin dengan benang.... Huda punya terbelit-belit... Last2 kena potong yang terbelit-belit tu... sebab tak larat nak leraikan satu2... membazir sangat...

So, Huda tengok kak zie punya cara.. dan buat versi Huda sendiri... (Thanks to kak zie)... simple je tau....

Kita cuma perlu:

Pertama: Polistren

Tak perlu beli polistrin bagai... Kalau kita ada beli barang2 rumah macam barang letrik kan... ada banyak pilihan... ambil je mana2 saiz yang u all suka... JIMAT $$$$$.... hehehe...

Kedua: Lidi Satay

Boleh je nak guna lidi2 satay yang dah digunakan... tapi pastikan ianya dicuci bersih2 tau... Kalau tak beli je yang baru... panjang lidi satay tak penting... terpulang berapa panjang yang kita nak... kalau nak pendek nanti kita boleh patahkan je... tak gitu....

Ketiga: Bobbin, Benang, jarum peniti dan lain2

Kita pilih dan decide yang mana kita nak letak untuk organizer tu... supaya senang nanti untuk kita tahu apa ruang yang kita perlu untuk organizer kita tu nanti...

Cara2nya:

  1. Potong Polistren mengikut saiz yang kita nak... 
  2. Kemudian, Kita ambil batang satay tadi... ukur berapa panjang yang kita nak... kalau kita nak letak benang kena panjang sikit... tapi kalau sekadar letak bobbin pendek2 pun tak apa... tak perlu panjang2 sangat.. sebab nanti bila kita nak guna bobbin yang paling bawah sekali... kena keluarkan semua bobbin yang ada kat batang tu... tapi kalau sanggup... tak apa... hehe....
  3. Cucuk batang satay yang pertama..
  4. Ukur setiap jarak batang dengan meletakkan bobbin atau benang ke dalam batang yang pertama. Cucuk untuk batang yang kedua... Pastikan jarak antara benang atau bobbin tidak terlalu dekat.. untuk mengelakkan benang atau bobbin susah nak dikeluarkan... sebab tersangkut dengan benang atau bobbin di batang yang sebelah... Cucuk batang2 satay sebanyak mana yang anda mahu..
Setelah siap boleh la letakkan kesemua bobbin atau benang2 u all yang dah terbelit2 tu.. heheh
 Dah siap dah!!!

Ini Huda punya... tak lah banyak tapi sangat2 berguna.... Masalah benang terpintal-pintal... SELESAI.....

Bolehlah cucuk2 jarum peniti yang banyak tu...
Ok, selamat mencuba.... kongsikan ilmu ni dengan sesiapa sahaja... Semoga ilmu ini bermanfaat sentiasa....

Assalamualaikum.....

Friday, February 6, 2015

Fakta: Wangian dan Emosi 1

Tahu tak jenis wangian sebenarnya boleh mempengaruhi mood seseorang?
Untuk first entry ni... Huda nak kongsi dengan semua..
Apa jenis wangian yang boleh dipilih untuk ajak mood yang kita mahukan tu keluar dari tempat persembunyian dia untuk teman kita.... nak tahu tak??

Wangian Pertama

Citrus atau Fresh Fruits



Melalui kajian dan pengalaman yang dilakukan oleh para saintis brasil didalam program 'Complementary and Integrative Medicine',

Jenis wangian ini mampu untuk:
  • Mengawal 'stress' dan rasa kebimbangan yang melanda dalam diri kita
  • Sedikit sebanyak mempengaruhi penghadaman kita juga rasa 'butterfly in the stomach'
  • Rasa pening-pening atau loya    


Grapefruit atau Limau Gedang:

  • Membantu mengawal emosi dan
  • Mengalakkan kekuatan memori
Dari kajian para doktor di Osaka, Jepun

 'Wangian dari Limau Gedang atau Grapefruit, mampu mengalakkan kadar metabolisma sesorang dan mengurangkan selera makan yang berlebihan'

JADI....
Cuba hidu wangian ini sedikit sebelum kita makan untuk mengawal pengambilan makanan yang berlebihan... Macam ubat pulak kan... hehehe


Lemon:

Boleh cuba macam ni... DIY lemon candle... Jimat $$$$
Dikatakan sedikit kelembutan dari wangian ini boleh 'Membawa seseorang itu ke arah positive'. Cuba letakkan sedikit wangian lemon dibahagian dalam pergelangan tangan sebelum menghadiri mesyuarat atau perbentangan. Ia akan mengalakkan prestasi dan sikap seseorang itu.

Kajian oleh Northumbria University, United kingdom:

'Pendedahan terhadap wangian dari daun lemon atau lemon mampu untuk meningkatkan 'cognitive performance' dan mood seseorang itu'




Mandrin atau Limau: 



Ini pun boleh cuba.... sekarang musim Chinese New Year... ada banyak limau jual kat supermarket.. jangan buang kulit... kita buat DIY candle...
Wangian buah mandrin atau limau mandrin yang lembut seperti mandrin essential oil boleh mengurangkan stress, meningkatkan penghadaman dan mengurangkan mual-mual, loya rasa pening-pening.


Jadi kalau kita nak tahu samaada kajian-kajian itu benar atau tidak... Apa kata kita cuba dulu... kalau jadi... boleh lah kongsi-kongsi pengalaman anda semua disini....

P/S: Tak semua orang yang mencuba akan dapat kesan positif... ada sesetengah pihak mungkin tidak akan rasa apa-apa perubahan... sebab setiap manusia itu berbeza.... :)